Thursday, 7 March 2013

Dapat Duit Daripada Yayasasn Terengganu

Terima kasih wahai Yayasan Terengganu. Kerajaan negeri memang baikkan... cemerlang periksa bagi hadiah, masuk sbp pon bagi duit untuk persediaan. Tapi memandangkan segala belanja persekolahan kakak sudah aku dan encik Kamal tunaikan dengan segala jerit perihnya, maka duit ini mutlak kakak punya. Berbeza dengan si abangnya, terpaksa aku laki bini kikis duit bantuan sbp untuk beli dan bayar macam2. Tak adil kan? he.. mak nak mintak cikit buleh kak?? bulehhh... itu yang selalu kakak jawab. Anak dan mak sama baiknya.

hah lima hatuh hinggit... terima kasih Ya Yasang! nak lagi jeles, boleh besarkan saiz. he.. 

Aku ni tergolong orang yang masih ada rezekilah. Sebabnya, sudah agak lewat membuat permohonan kerana aku duk tertunggu2 surat tawaran original sampai. Tunggu punya tunggu, dah nak habis tempoh sebulan. Nasib baiklah ... Justeru, kepada ibu bapa yang anak2nya dapat masuk sekolah berasrama penuh tu sila cepat2 buat permohonan untuk dapatkan bantuan persediaan sbp, 500 ringgit. Banyak tu. Di sini aku nak bermurah hati untuk menjelaskan proses mudah yang perlu dilakukan oleh mak ayah agar tidak termiss rezeki.

Bermula 03 JUN 2012, Yayasan Terengganu menyediakan Permohonan Bantuan Persediaan ke IPTA / IPTS, Kemahiran Persekutuan dan Asrama Penuh secara Atas Talian Sepenuhnya (Online)


Klik sini pon buleh....http://isis.my/yayasanterengganu/

SYARAT-SYARAT MEMOHON
  1. Anak Negeri Terengganu, iaitu salah seorang ibu,bapa/penjaga Rakyat Terengganu (Warganegara Malaysia).
  2. Pemohon bukan daripada rakyat Terengganu tetapi pemastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah mendapat surat pengesahan mastautin ibu,bapa/penjaga daripada Wakil Rakyat/ Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
  3. Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh kerajaan.
PENYERAHAN SALINAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang Permohonan yang lengkap disahkan (Dicetak dari Permohonan Atas Talian (Online)).
  2. Salinan surat tawaran yang disahkan / serta dibawa salinan ASAL - tak payah tunggu yang asal, nanti tumbuh tanduk. Print saje surat dan cop JKKK. Gerenti beres..
  3. Kad pengenalan Pemohon, Ibu, Bapa dan Surat Beranak Pemohon yang disahkan.
  4. Slip peperiksaan UPSR/PMR (bagi asrama penuh) dan SPM (bagi permohonan IPTA/IPTS).
  5. Sila sertakan salinan resit bayaran RM300.00 dan cop pengesahan pendaftaran semasa mendaftar (bagi permohon IPTS).
  6. Ibu/bapa adik beradik kandung sahaja yang dibenarkan mewakili pemohon, sertakan salinan kad pengenalan wakil. - kalau mak atau ayah sekali pon ambil, kena ada salinan kad pengenalan satu lagi ye.
CARA MEMOHON
  1. Mengisi Borang Permohonan Secara Atas Talian (Online) dengan LENGKAP.
  2. Mencetak dan Memuat Turun Borang Permohonan --> Anda perlu mencetak Borang Permohonan ini untuk bagi mendapatkan pengesahan pihak-pihak yang terlibat. - mesti ada sain JKKK dan sokongan YB.
  3. SILA SERAHKAN SEMUA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DI ATAS UNTUK SEMAKAN DAN PENGESAHAN AKHIR KE BAHAGIAN TAJAAN , TINGKAT 2, YAYASAN TERENGGANU. - layanan mesra dan yang pentingnya cepat dan cekap.
Tip:
1. kalau korang tak ada emel, sila taipkan abd@yahoo.com
2. kalau tak ada no akaun BSN, taipkan 123...
3. Bila summit, kena isi pulak nama kursus, aku hentam tulis SAINS.

Okay lah, selamat memohon dan selamat berbelanja dengan berhemah!!